Perlindungan Takaful Untuk Keluarga Anda

Temui penyelesaian perlindungan kewangan Islam yang komprehensif untuk masa depan yang lebih selamat

Perkhidmatan Takaful Kami

Pelbagai perkhidmatan direka untuk memenuhi keperluan perlindungan anda dan keluarga

WhatsApp

Hubungi wakil khidmat pelanggan kami / Contact our customer service representative for immediate assistance with your takaful needs.

Mulakan Chat / Start Chat

Anggaran Sebut Harga / Estimated Quote

Dapatkan anggaran kasar caruman bulanan anda di sini.

*Nota: Harga dipaparkan adalah anggaran sahaja. Untuk sebut harga rasmi yang tepat, sila hubungi ejen kami melalui WhatsApp.

Kira Anggaran / Calculate Estimate

Pembayaran Dalam Talian / Online Payment

Buat pembayaran dalam talian yang selamat / Make secure online payments for your takaful premiums conveniently through our portal.

Bayar Sekarang / Pay Now

PruBsn Touch

Akses akaun anda atau daftar / Access your account or register to manage your takaful policies on the go.

Log Masuk/Daftar / Login/Register

Jadi Ejen / Become an Agent

Sertai pasukan kami / Join our team and help others secure their financial future while building your career.

Mohon Sekarang / Apply Now

Hospital & Klinik Panel

Semak senarai hospital panel mengikut negeri dan daerah anda, atau cari klinik panel terdekat.

Cari Lokasi / Find Location

Mengapa Pilih Takaful Kami

Kelebihan yang membuat kami pilihan terbaik untuk perlindungan anda

Perlindungan Komprehensif

Pelan takaful yang lengkap untuk melindungi anda dan keluarga dari segala risiko kewangan.

Nilai Pulangan Tinggi

Dapatkan pulangan pelaburan yang kompetitif dengan pelan simpanan takaful kami.

Sesuai Syariah

Semua produk kami adalah patuh Syariah dan diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah.

Khidmat Pelanggan Cemerlang

Pasukan sokongan kami sentiasa bersedia membantu anda dengan sebarang pertanyaan.

Akses Mudah

Uruskan polisi takaful anda dengan mudah melalui aplikasi mudah alih dan portal dalam talian.

Aman dan Dipercayai

Perlindungan kewangan anda adalah keutamaan kami dengan sistem yang selamat dan dipercayai.

Apa Kata Pelanggan Kami

Kongsian pengalaman mereka dengan perkhidmatan takaful kami

"Alhamdulillah, proses hibah sangat mudah dengan bantuan ejen Hafizul. Penjelasan yang jelas dan servis pantas. Kini saya rasa lebih tenang demi masa depan keluarga."

User Icon

Hafiz & Keluarga

Pelanggan Takaful

Soalan Lazim

Jawapan kepada soalan yang sering ditanya mengenai Takaful

Kalau saya sihat dan tak pernah claim, bolehkah saya dapat balik semua duit caruman?

Ini adalah salah faham yang sering berlaku. Dalam Takaful, sebahagian caruman anda disalurkan ke dalam dana Tabarru' (Derma) untuk membantu peserta lain yang ditimpa musibah. Wang ini dianggap sebagai kos perlindungan dan amal jariah anda.

Oleh itu, tiada pemulangan 100% caruman jika tiada tuntutan, melainkan anda mengambil pelan simpanan khusus (Endowment). Walau bagaimanapun, jika pelan anda jenis Investment-Linked, anda mungkin menerima Nilai Tunai (Cash Value) hasil pelaburan, namun jumlahnya bergantung pada prestasi pasaran dan bukan jumlah penuh caruman yang dibayar.

Apa itu Takaful dan bezanya dengan Insurans?

Takaful adalah konsep insurans Islamik di mana peserta menyumbang wang ke dalam satu dana umum (Tabarru') untuk saling menjamin satu sama lain. Ia bebas daripada Riba (faedah), Maisir (perjudian), dan Gharar (ketidakpastian). Berbeza dengan insurans konvensional yang merupakan kontrak jual beli risiko.

Apa itu Hibah Takaful & Akta yang terlibat?

Hibah Takaful adalah 'hadiah' pampasan kematian yang diberikan kepada penama (penerima) secara terus tanpa perlu melalui prosedur pembahagian harta pusaka (Faraid) yang panjang.

Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013), wang Hibah Takaful adalah hak mutlak penama dan tidak boleh dituntut oleh waris lain atau pemiutang (tertakluk syarat), menjadikannya cara terpantas untuk mewariskan tunai kepada keluarga tersayang.

Kenapa harga caruman Takaful boleh naik (Repricing)?

Kenaikan harga (repricing) biasanya berlaku disebabkan oleh inflasi perubatan yang meningkat setiap tahun. Apabila kos rawatan di hospital swasta naik dan jumlah tuntutan (claim) dari peserta meningkat, dana Tabarru' perlu dikukuhkan. Repricing memastikan dana kekal mampan untuk terus melindungi semua peserta pada masa hadatan.

Kalau saya dah sakit, boleh ke ambil Takaful?

Secara amnya, Takaful perlu diambil semasa sihat. Jika anda sudah mempunyai penyakit sedia ada, anda WAJIB mengisytiharkannya semasa permohonan. Permohonan mungkin diterima dengan syarat (pengecualian penyakit tersebut), dikenakan caj tambahan (loading), atau mungkin ditolak bergantung kepada tahap keseriusan penyakit. Kejujuran adalah kunci untuk elak tuntutan ditolak kelak.

Syarikat saya dah cover insurans, perlu ke ambil personal?

Sangat perlu. Perlindungan syarikat (company cover) adalah milik syarikat, bukan milik anda. Jika anda berhenti kerja, diberhentikan, atau bersara, perlindungan itu akan tamat serta-merta. Jika masa itu anda sudah ada penyakit, sukar untuk memohon Takaful personal yang baru. Takaful personal adalah hak milik kekal anda walau di mana anda bekerja.

Bila saya boleh guna kad perubatan selepas sign up? (Tempoh Menunggu)

Untuk kemalangan (accident), perlindungan bermula serta-merta selepas polisi lulus. Untuk penyakit biasa (seperti demam denggi, viral infection), tempoh menunggu adalah 30 hari. Untuk penyakit spesifik (seperti batu karang, ketumbuhan), tempoh menunggu adalah 120 hari. Ini adalah standard industri untuk mengelakkan penipuan tuntutan.

Apa jadi kalau saya terlepas bayar caruman (Lapsed)?

Jika caruman tidak dibayar melebihi tempoh ihsan (grace period), polisi anda akan menjadi 'Lapsed' (luput). Semasa status Lapsed, anda tiada sebarang perlindungan dan kad perubatan tidak boleh digunakan. Anda perlu membayar tunggakan atau membuat pengaktifan semula (revival) yang mungkin memerlukan pemeriksaan kesihatan semula.

Bagaimana cara untuk membuat tuntutan (Claim)?

Untuk kemasukan hospital (GL), tunjukkan kad maya PruBSN anda di kaunter hospital panel. Untuk tuntutan balik (reimbursement) atau elaun, hubungi saya (ejen anda) untuk bantuan mengisi borang. Dokumen sokongan seperti laporan perubatan dan resit asal diperlukan. Proses biasanya mengambil masa 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap.

Bersedia Untuk Perlindungan Yang Lebih Baik?

Hubungi kami hari ini untuk konsultasi percuma dan temui pelan takaful yang sesuai untuk anda

Chat dengan Kami di WhatsApp
Year End Sale!
Kad Bisnes Saya